💛29/3 JURNAL HARIAN [ HARI SUKAN '17 ]

Assalamualaikum dan hai semua. hari ini hari rabu ye rakan-rakan. hari rabu yang bersamaan dengan 29/3/2017. Hari ini juga merupakan hari yang penting bagi para atlet daripada setiap rumah. Mana tidaknya, hari ini merupakan hari sukan. Tetapi acara kemuncak mestilah esok kan. haha. Pada hari ini, banyak acara padang yang dipertandingkan. antara acara padang yang dipertandingkan adalah melontar peluru, merejam lembing, lempar cakera, dan juga lompat tinggi. 

Saya menyertai 3 daripada 4 acara yang telah disebut. Sudah terang lagi bersuluh saya tidak menyertai lompat tinggi. Tak lepas beb. Hoho. Saya pun tak minat lompat-lompat ni (ceh). Bagi saya, acara padang sungguh mudah. Cuma perlu lontar, baling, campak, rejam, marah, lepaskan segala perasaan yang terpendam dalam hati dan akhir sekali gabungkan segala elemen tersebut untuk mencipta sebuah tenaga yang membolehkan diri anda untuk mendapat gold medal dalam sesuatu acara tersebut.

Bagi acara melempar cakera, saya memohon beribu ampun kepada Topaz, alep dan juga kak anis sebab tak mampu nak tolong Topaz dapatkan medal. Susah makk. Berat gila benda tu, tak tipu. Rasa macam nak tercabut tangan. Dahlah dengan ada teknik dan cara yang betul untuk melempar. Manalah saya tahu. Saya tahu baling je. Huhu. Sakit kut tangan. Sorang pun tak kesah :(

Okay. Acara yang kedua adalah merejam lembing. Yang ni lawak kut. Semua orang diberi 3 kali cubaan. Para peserta lain semuanya dapat melakukan dengan cemerlang. Saya je yang tak lepas-lepas walaupun dah cubaan kedua. Cubaan ketiga pula, saya mulakan dengan bismillah, redha ke hadrat Ilahi, merejam tanpa menghiraukan tenaga yang dikenakan. Alhamdulillah, dengan lontaran ketiga saya berjaya mendapatkan pingat gangsa untuk Topaz. Sekali lagi, maaf lah, itu sahaja yang saya mampu :)

Okay, acara ketiga adalah lontar peluru. Alhamdulillah, opponent pada tahun ini tidak sepadu tahun lepas. Tahun lepas ada Betty, ada Kak Aina. Aduhh, mati. Dapat gold pun nasib je tu. Pada tahun ini, alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya memenangi pingat emas demi topaz. Akhirnya, berjaya mendapatkan pingat emas. Dan yang paling membanggakan, saya berjaya memenangi acara yang sama dua tahun berturut-turut. Hoho. Rasa bangga dalam diri tu adalah. Sikit je. Slightly. hoho.

Ok. Yang tu pada waktu pagi. Pada waktu malam pula, kami bertungkus lumus menyiapkan hiasan khemah, kostum untuk kawad, dan macam-macam lagi.

ft. Ziqjo
Okay. Ini adalah markas Topaz. DS. yeah. Berkuasaaaa. Tak pun sebenarnya hohoho. Tempat takde beza pun. Kerja mau jalan. Tu haa kain-kain nak buat bendera topaz, hiasan khemah, kostum para pengkawad DiGi sejati. huahua. Respekk respekk. saya bangga dengan semangat semua ahli topaz yang tidak pernah mengeluh walaupun kerja yang diberi sungguh besar dan membebankan dan saya sepatutnya boleh tak terlibat sebab esok saya ada acara lagi. tapi demi topaz ni, saya datang ah.. takkan nak biar camtu je kan. pastu, kalau semua orang tak datang, siapa je lagi yang ada kan? kalau tak nak susah sama-sama, nanti kalau dah berjaya jangan nak raikan sama-sama. saya masih lagi ingat nasihat itu. Nasihat yang diberikan oleh master Emerlad :) terima kasih ss. 


tooooopengggggg. okay. yang ni saya tak tahu siapa buat, tapi, serius ah, lawa gila topeng ni. Talented gila siapa yang buat ni. Huhu. Saya pun tak reti. Kang hancur je kalau saya yang buat. so, terima kasih lah kepada orang yang berseni dan berbakat tinggi serta mampu menghasilkan seni yang bermutu tinggi ini :)


Ok haaa haaaa ni gambar last. Ni topaz punya sepanduk comel en en en ^^ ada bulu-bulu kapas gitu. aww comelnya ^^ comel macam vice house capt. gak ^^ cantik kut sepanduk ni. bangga saya dengan topaz yang tercinta ni ^^

okay. untuk pengetahuan semua orang, para jawatankuasa tertinggi topaz balik lewat gila. Dalam dekat pukul 3 pagi baru balik. Tapi pada malam itu, saya dan beberapa orang batch saya pulang ke asrama pada pukul 6 pagi kerana kami menyiapkan backgroung topaz. renyah tak tau nak habaq lah benda tu. penat sheee. huhu. tapi tidak mengapa, segalanya sudah berakhir hehe.

Banyak lagi perkara yang berlaku hari ini, cuma tak menarik sangat. Tahun ini agak hambar, tapi takpe. Tahniah suko suki. Daebakkk🍭

Sekian daripada saya,
XOXO,
Erein. 🍠

Comments

Popular Posts