πŸŽ‚ JURNAL HARIAN 2/3

assalamualikum dan hai.hari ini hari khamis bersamaan dengan 2/3. hari ni saya taknak merepek apa benda. hari ni merupakan hari yang sangat istimewa buat seseorang. saya tumpang gembira dengan kelahiran dan kehadiran dia dalam hidup saya. biarlah kalau ada orang lain nak rapat dengan dia. saya takpe. saya dah biasa orang buat macam tu :) saya cuma nak orang tu happy selalu. maaf kalau tak dapat jadi kawan yang baik ataupun sebaik yang lain :)

ok. takpe lah. lurus ke tajuknya. hari ini sebenarnya hari lahir farah. hehe. saya post dekat blog je lah. orang lain sibuk post dekat insta. sejak kebelakangan ni saya rasa nak jadi anti social pessimist hewhew... okay. farah ni baik sebenarnya orangnya. dia lawa. saya suka marah dia. hhahahahahhaha kesian betul. sabar je lah ye farah. kau tengok muka aku ni tak lama dah :)


saya nak cerita pasal sambutan pada malam tu. mula2 plan nak buat-buat lupa birthday dia. pastu entah tiba2 berlaku pengelingan. siap ada orang cakap dekat saya "kitorang nak buat malam ni. kalau kau taknak kau takyah join". haha. lawak betul. jadi saya pun mengambil keputusan untuk tak join apa yang mereka buat. saya sebenarnya ada assignment yang tinggi menggunung. kemudian saya pun buat assignment di bilik farah sebab farah ajak. saya pun ok je. waktu dalam perjalanan buat assignment, tiba-tiba balqis datang ajak farah teman dia basuh baju. saya dah boleh agak. mula-mula farah taknak. saya taknak terlibat sebab mereka cakap saya tak join. lol.

lepas farah dah pergi, tiba-tiba ramai manusia serbu bilik tu. dah macam penguin saya tengok. kemudian mereka cakap mereka cari saya di bilik. saya rasa saya tak penting. mereka tak perlukan saya :) kemudian tiba-tiba saya jadi sangat excited. saya pun tolong mereka menghias bilik.

kad farah :D
kemudian farah dan balqis pun datang. pastu surprise. yeay. tahniah semua orang sayang ") haha. tolonglah. dalam banyak-banyak manusia aku pernah rapat, tolonglah jangan amik farah. contoh? rasanya diana lah kut. saya minta maaf beribu-ribu kali maaf kalau saya ada buat salah. tapi ada satu hari tu tiba-tiba semua orang macam tak suka saya. saya taknak tanya. saya dah malas. jadi saya pun biarkan sahaja. masa akan sembuhkan luka :) saya okey.

pastu malam tu ada tangkap gambar. ada kek handmade uolsss... freshly baked at koop. malam tu saya ada lah kena marah sebab terbaca wish dia "takyah lah baca kuat-kuat bodoh". hmmm.okay. saya mintak maaf sebab baca wish tu kuat-kuat. mungkin dengan membaca wish awak tu buat awak rasa pandai sangat. kan? macam saya tiada otak, tiada hati. tahniah, manusia cerdik.

waktu dah dekat pukul 1 macam tu, ramai yang dah balik. pastu ada seorang manusia ni serius mulut dia macam apa je. tapi saya ... hmm. terima kasih. tapi sebenarnya ada satu perkara yang kau tak tahu. budak lelaki yang cakap. kalau orang tu tengah baca benda ni, kalau nak tahu pm tepi. minta maaf, bukan nak lukakan hati awak, saya dah terluka sangat. lagipun awak ada cakap dekat farah yang awak memang tak kesah kan sakitkan hati saya? haha. lawak. saya doakan yang terbaik untuk awak. saya harap takkan ada orang macam awak layan awak macam awak layan saya. saya tak tahu apa salah saya. tetapi kalau saya ada buat salah tolong lah beritahu saya ya?

saya rasa sampai situ sahaja coretan saya buat hari ini.
saya minta maaf sekali lagi jika ada yang terasa.
saya pun terluka.
bukan sensetif sangat

born to die,
erein.
antara muka-muka yang sayang farah :)


Comments

Popular Posts