😱LATIHAN INTENSIF 2016 (BM 1- SET 2)

huraian ciri-ciri pengguna yang bijak (200-250 patah perkataan)

     Mutakhir, isu berkaitan dengan pengguna yang bijak saban waktu diuar-uarkan dalam media arus perdana malah sering topik yang sungguh hangat diperdebatkan di negara kita yang tercinta ini. Justeru, semua pihak mestilah komited untuk menjadi seorang pengguna yang bijak kerana dimana ada kemahuan, di sutu ada jalan. Persoalannya, apakah ciri-ciri pengguna yang bijak?

     Pada pendapat saya, antara ciri yang paling utama adalah dengan membuat perbandingan harga. Hal ini kerana, harga sesuatu barangan yang dibuat perbandingan terlebih dahulu dapat mengelakkan pengguna daripada terkena muslihat peniaga yang bersifat lintah darah.  Dengan berbuat demikian, pengguna tetap dapat memilih barangan yang berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan dan tidak mencekik darah. sebagai contoh, seorang pengguna tidak sepatutnya tergila-gilakan sesuatu barangan yang dibuat promosi. sebaliknya, mereka haruslah membandingkan dahulu harga barangan tersebut. Tegasnya, pengguna haruslah membuat perbandingan harga terlebih dahulu. Barulah dapat dikategorikan sebagai pengguna yang bijak.

     Selain itu, mengamalkan sifat berjimat cermat juga merupakan antara kriteria pengguna yang bijak. Saya berpendapat demikian kerana dengan berjimat cermat, kita dapat menyelamatkan sebahagian besar duit. Dengan berjimat cermat, kita dapat mengelak diri daripada membeli barang secara boros dan membazir. Perkara itu adalah sangat tidak wajar untuk dilakukan. Tambahan pula, masyarakat zaman globalisasi kini terpengaruh dengan kaedah beli-belah yang bersifat "window shopping". Perkara ini akan menyubang kepada duit kita akan meluncur laju seperti air tanpa kita sedari. Apakah dengan membazirkan duit begitu sahaja layak dikategorikan sebagai pengguna yang bijak?

     Elemen-elemen pengguna bijak yang seterusnya ialah kita mestilah mengamalkan amalan menabung. Sifat menabung ini haruslah dipupuk sejak kecil supaya bila besar nanti, hal ini tidak akan terasa sebagai satu bebanan yang besar. Amalan menabung ini banyak faedahnya.  Antaranya, kita dapat menggunakan wang yang telah kita simpan pada waktu kecemasan. Dalam erti kata lain, duit itu boleh dijadikan sebagai duit kecemasan. Selain itu, kita juga dapat menggunakan duit itu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading di luar negara mahu pun dalam negara yang dirahmati ini. Walaupun hanya 10 sen, itu sudah mencukupi. Asalkan menabung. Bak kata pepatah melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Justeru, saya optimis pengguna yang mengamalkan amalan menabung ini layak dikategorikan sebagai pengguna yang bijak.

     Sebagai natijahnya, setiap pengguna mestilah berusaha untuk menjadi pengguna yang bijak supaya tidak mudah diekploitasi dan dimanipulasi oleh peniaga yang tidak pernah melepaskan peluang untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bermoral. Kita mestilah menggembleng tenaga dan bersatu hati untuk merealisasikannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

sekian, terima kasih.
XOXO,
erein.
gudnite :)



Comments

Popular Posts