😬 JURNAL HARIAN 12/3

assalamualaikum dan hai. okay. memandangkan lagi 2 hari nak exam, saya dah tak boleh nak luangkan masa untuk menulis jurnal. jadi, untuk mengisi jurnal hari ini, 12/3 bersamaan dengan hari ahad, saya akan share 1 maklumat dengan semua orang. Maklumat apa? hehe. sabor. saya cari apa-apa-apa folder dalam mac. huhu. maaf tak menarik

Sajak Kau dan aku – A. Rahim Hamid

Kau adalah bapa yang ingin jadi pemurah
Kau adalah bapa yang ingin jadi pengasih
Jadilah anakmu
Anak perkasa yang gagah
Mata bolanya api yang merah
Dan kau pun jadi lilin lembut
Di rumahmu
Anak-anakmu lebih bersuara lantang
Matamu mampu berkelip-kelip cuma
Jiran masih mengatakan kau baik hati
Senang hatimu menerima pujian
Kau pun semakin sunyi


Anak-anakmu semakin berani
Berguru liar
Pada gagak-gagak hitam di rimba
Dan kau sedar kini...
Langkahmu terbelenggu
Anakmuu si manis pula pulang
Bersama cucumu rambutnya perang
Jiram masih mengatakan kau baik hati
sedang hatimu semakin pilu...
Beginilah lumrah alam
Kau pun tersisih dari anak-anakmu
Di pelabuhan waktu
Kau di sisiku di hujung perjalananmu

Dan aku pun terpisah


okay. ni sebenarnya sajak kau dan aku. saya tak tahu sejak bila saya ada benda ini tetapi semoga bermanfaat. hehe

Comments

Popular Posts