😵JURNAL HARIAN 4/3

hai. asssalamualaikum dan hi. pada hari ini, saya tidur sahaja rasanya. oh tak. pada waktu pagi, saya pergi perjumpaan badminton di dewan serbaguna. sampai pukul 11.30 rasanya. kemudian saya naik semula ke bilik. pada asalnya saya nak tidur 15 minit sahaja. tapi bila saya bangun, tiba-tiba dah azan. bukan setakat azan zohor tau. dah asar dah waktu tu. rasa tertekan gila sebab tidur lama-lama. hishhh

pada waktu petang tu, saya buat assignment bm. peta minda cikgu mior. saya buat peta tu lawaaa. hehe. saya buat peta tu daripada pukul 4.00 hingga pukul 7. hanya untuk meletakkan susunan kotak tu sahaja.

oh yaaa... sebelum tu, saya nak ampai bajuu... haaa. waktu ni saya dengar ramai gila orang menjerit. sahh... mesti monyet. takpe ah. saya pun sambung ampai baju. saya dengar banyak tapak kaki belakang saya. manusia lari-lari. takpe ah. tapi kan, pernah tak kalian ada perasaan ada orang tengok kalian? pernah kan. haaa. tiba-tiba saya rasa tu lah. saya toleh sahaja ke belakang, saya nampak ada seekor monyet tengah tengok saya ampai baju. saya apa lagi. pecut ahh. saya tinggal je baju tu. saya terus lari pergi bilik komari. huhu. sherammm.. takut >.<

ok. pada waktu malam pula ada aktiviti maghrib isya'.macam biasa. dengan usrah. tetapi kali ni bersama dengan exdisi sekali. hehe.

(ini menunjukkan apabila kita tidak bergaul, tidak akan ada perasaan sakit hati. tapi jangan harap lah nak seronok)

saya rasa itu sahaja coretan 4/3 oleh saya
sekian, terima kasih.
assalamualaikum.
xOxO,
ErEiN.,

Comments

Popular Posts