πŸ™ƒ JURNAL HARIAN 9/3

assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan. hari ini hari khamis bersamaan dengan 9/3. sebenarnya hari ni birthday saya. tapi klasmet saya sorang pun tak wish. hahahhaha. lawak lah XD tapi takpe. saya tak kesah pun. sebab saya ada 6-7 orang yang ingat dan sayang saya ^^ well, 4 orang tu mestilah ibu,bapa,abang dengan kakak. yang lain tu hehe. rahsia je lah. nanti orang cakap batak lak ea(?) hewhew

saya sebenarnya... hmmm entah lah awak. saya tak faham diri saya. saya tak kesah pun diorang tak buat pape waktu birthday saya. cuma ada lah rasa macam sedih sebab orang lain dapat yang best. mereka dapat.. hmmm. benda yang. macam. rasa disayangi (?) haa. betullah tu. rasa disayangi oleh kawan-kawan :) saya tak rasa pun benda tu sejujurnya.

lagi-lagi sejak kebelakangan ni. macam.semua orang tak suka saya (?) babe, idc. kalau awak tak suka saya, itu masalah awak, bukan masalah saya pun. apa yang saya tahu saya neutral je. saya rasa saya cuma ada satu budak ni je saya sayang sampai saya rasa macam nak nangis teringatkan dia ") saya rindu dia. nama dia alisha hani.

alisha ni comel budaknya. saya sayang dia. okey. walaupun hari ini birthday saya, tetapi takde pape pun yang menarik. hanya 14 tahun yang lepas saya lahir. hahaha. jadi hari ini saya akan bercerita tentang seorang budak yang membuatkan saya rasa betul-betul hidup bila saya jumpa dia :)

ni gambar 7 tahun lepas ")

okay. alisha ni sebenarnya seorang sahabat yang sangat baik. saya rindu dia sangat sangat sangat. ya allah. tolong lah :( huhu. serius rindu. tak tahu lah dia rindu saya ke tak hehe tapi takpe saya sangat rindu dia.

dia ni dari darjah 1 sampai darjah dua dia sekolah dekat jalan bharu. waktu darjah 3 baru dia pindah sekolah saya. dia comel gila. tapi, bukan comel itu yang membuatkan saya tertarik dengan dia. saya pun tak tahu tapi apa yang saya tahu saya nak kawan dengan dia ataupun yang saya boleh cakap, bestfriend.

tapi hubungan bestfriend kami bukan hanya bestfriend, kami juga adalah BBE iaitu best babe ever. dia sorang je bbe. nanti bila dah besar saya nak travel dengan dia. saya rasa antara kawan-kawan dekat muka bumi ni, saya rasa dia yang paling sikit sakitkan hati saya. idc but i love her. 

oh ya. selain travel, saya juga nak luangkan bersama dia. saya nak buat perkara yang dia suka. contohnya mendaki. alisha memang seorang kanak-kanak ribena yang comel dan aktif. hehe.dia dan ahli keluarganya boleh dikatakan mereka semua suka mendaki.


kami juga berkongsi minat yang sama. ain maisarah, taylor swift, katy perry ahh banyak lah lagi. dia juga rajin membuat kad untuk saya. saya rasa setiap tahun hari lahir saya, dia akan membuatkan kad untuk saya. tidak lupa juga hari raya :).

antara kenangan manis yang saya ingat adalah alisha ni ramai peminat. hehe. saya ni macam bodyguard dia dah saya rasa XD. lawaklah. hahahahhaahhahaha. tapi no wonder lah, dia comel gila. saya pun ada crush dekat kecomelan dia hehe.

hmmm. selain itu, saya juga ingat scrabble. kan scrabble tu berpasangan kan, pastu takpe ah en. saya pair dengan lica. saya rasa setiap kali main tu, dia selalu kena marah dengan saya XD tapi dia pasrah dan mendiamkan diri sahaja. huhu. kesiannya lica.

okay akhir kata, saya nak mintak maaf kepada alisha hani binti mohd fikri sebab selalu marah-marah awak dulu. kalau saya pernah lukakan hari awak, saya minta maaf banyak-banyak. saya amatlah bangang dulu. kalaulah awak ada kat sini "). tapi itulah. haluan kita amatlah berlainan. awak on the road untuk menjadi muslimah sejati. saya? tengah hancur. kaki arnab dah terkena jaring. dah tak boleh lari. saya harap awak bahagia, menjadi anak yang solehah, dan bahagia di dunia dan akhirat. aamin.

dulu kita pernah janji takkan lupakan antara satu sama lain. ingat tak? ")
kalau tak ingat takpe. saya pasrah dan redha. hehu

itu sahaja coretan untuk harini. maaf jika pengisian kurang, saya rindu alisha haha.
XOXO,
Erein.
bye!

Comments

Popular Posts