πŸ˜ƒ JURNAL HARIAN 31/3

Assalamaualaikum dan hai. hari ini hari jumaat ye. hari jumaat yang agung bersamaan dengan 31/3 dua ribu tujuh belas. oleh disebabkan semaam adalah hari sukan, jadi hari ini cuti :)))))

ok. sebenarnya hari ini saya tak pergi mana-mana. saya duduk bilik sahaja. saya memang suka duduk bilik sahaja dan mereput. seperti yang saya pernah cakap, saya taknak sakitkan hati orang, saya risau saya akan mengspoilkan hari orang lain :) maaf rakan-rakan saya bukan rakan yang baik. saya sebenarnya nak buat jurnal yang lebih menarik. ada gambar-gambar, video, dan sebagainya.

walaubagaimanapun, di kelas ini tiada wifi :( ok lah. saya sebenarnya ada dekat kelas prep dan hari ni adalah hari selasa. ye. saya qada jurnal saya. nak tahu tak buat jurnal tertunggak ni rasa macam ganti puasa, tak pun ganti solat subuh dari yang pernah tertinggal. huhu. banyak kut. last jurnal yang saya buat 16/3. tu pun pendek dan saya hanya bubuh quotes sebab tak nak nampak kosong. bukan sebab apa, waktu tu exam kut. macam mana nak buat. huhu. saya mintak maaf lagi cikgu mior. saya rasa saya macam tipu cikgu dan menzalimi diri sendiri.

saya sebenarnya nak balik rumah. tak tahu lah. tapi balik rumah pun nanti kena marah. well, at least dapat balik rumah. ada ibu, ada abah, ada along. malangnya kakak ada kat kolej. tapi tak lama lagi kakak akan cuti 5 bulan. seronok gila final cuti 5 bulan huhu. erein nak jugak cuti 5 bulan. erein sedih tau. kalau cuti asyik2 seminggu, dua minggu je. erein teringin jugak cuti 5 bulan terus. hehe. tapi tu lah, belum sampai masanya lagi :)

okay selain itu, saya juga rindu ibu. saya mengaku saya manja. ye ye. saya sayang ibu saya. salah ke? ibu masak sedap gila. pastu masakan ibu tak sama dengan orang lain. kalau orang lain masak sedap, ibu masak lagi sedap. hehe. sedap tu lain tau. rasa macam sedap disebabkan oleh kasih sayang ibu. nantikan, bila saya dah balik penang, dekat airport tu saya nak peluk ibu. saya sebenarnya dah banyak kali nak peluk ibu cuma ibu macam letih sangat. huhu. kesian ibu kena berdiri lama. ibu dah 48 tahun ") tapi ibu still lawa macam ibu 35 tahun :)

kenapa erein anak bongsu? erein tak suka jadi anak bongsu. tengok along. along dah 22 tahun. best lah. dah lebih dua dekad dia hidup dengan ibu. erein? 1 dekad setengah pun tak sampai lagi ") erein tahu satu hari nanti ibu akan tinggalkan erein. tapi erein tak tahu macam mana erein akan hadapi situasi tu. erein tak boleh takde ibu. tu kadang-kadang erein rasa macam nak nangis bila erein teringat balik semua benda yang erein pernah buat dekat ibu. erein menjawab, erein tinggikan suara, apa ibu suruh erein tak buat. erein sedih. tapi kenapa bila erein balik rumah semua perasaan tu hilang. bila erien balik rumah erein rasa malas gila. apa ibu suruh erein tak buat. ibu doakan lah yang terbaik untuk erein.

bukan setakat tu je, erein rasa terharu jugak waktu erein perlukan bantuan ibu. waktu exam, erein mengadu erein tak faham, ibu berusaha carikan erein sumber maklumat. but it seem like i dun appreciate your effort. pastu ibu selalu suruh erein call ibu, tapi erein macam selalu cari alasan. solat maghrib lah, takde line lah. itu lah ini lah. hmm. erein mintak maaf ibu. erein bukan anak yang baik macam along dengan kakak.

terima kasih ibu sebab selama ni jaga erein bagai menatang minyak yang penuh. manjakan erein dengan kasih sayang ibu sampai along dengan kakak pun jeles hehe. advantage anak bongsu kan. hehe. ok lah. saya rasa sampai situ sahaja coretan saya buat hari ini. saya akhiri jurnal saya dengan assalamualaikum.
bye :)


Comments

Popular Posts